|
Fakta Yang Sangat Penting Tentang Bekas Plastik - Elakkan No 3, 6 & 7
Pernahkah anda minum dari botol minuman plastik atau makan makanan dari bekas plastik dan terasa seakan-akan plastik pada minuman atau makanan tersebut? Ini bermakna bahan plastik yang terkandung di dalam bekas tersebut telah terhakis dan masuk ke dalam makanan/minuman tersebut. Sekiranya kita lihat pada belakang atau di bawah bekas tersebut, kita akan dapati ada simbol segitiga dengan kod nombor. Jangan salah faham. Kod no. pada simbol ini bukannya menunjukkan lebih besar nombornya, lebih tahan lama bekas tersebut, sebaliknya ia menunjukkan jenis bahan yang diguna (dari unsur Polymer iaitu bi-produk dari bahan Petroleum).
Ketahuilah Fakta2 berikut:
Kajian menunjukkan bahawa kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET(yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara
Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya
Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.
Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.
KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN sama sekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama
Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.
So, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.



20 ribu orang memberikan idea bernas:
guna tupperware ok ..heh..he.. tumpang promote ;-)
Mohon izin copy dan paste kat blog saya...
diana-ehehe sempat lagi...pomote jangan xpomote haha
izzatul-ok..sharing is caring..ehehe
hiks...good info...tp aku baca separuh..juling dh mata..kecik sgt tulisannya..hehe
good info :)
panjangnyanak baca...tapi ayu memang dah tau pun pasal ni..pernah terbaca dala mjalah sains apa ntah...tapi masih tak prihatin ...huhuhu
lepas baca entry nana nie baru kty tau..
thanks nana..
ahahhahaha tau je mls baca :P
baiklah saya akan copy then baca kendian :P
bagus info nie nana..
ye la kita nie nak cepat dan senang jer.. sedangkan benda tu mungkin tak elok utk kesihatan.. akak memg elakkan minum dari botol mineral berulang kali.. sekali or 2 je kalo nak.. kalo tak pas minum terus je buang.. camne ekk kalo kite beli mende2 panas mcm kuah sup masuk lam plastik tu.. kang panas2.. adoilaa... maknanya kene la bawa bekas snediri kalo nak beli juga.. hahaha
hurm...
nice info
Nana,
Pernah gak dapat info pasal benda ni thru foward mail. So far kitaorg pun kalau botol air mineral tu mmg tak recycle dah... especially yg dah terbiar berpanas dlm keta.. mmg terus buang... bahaya!
suziey-heheh aku dah beso kan dah tulisan xpening dah hahaha
syariza-hehe...sharing is caring kan
ayu-sama la...dulu2 penah dapat email pasal ni tp tu la..klw letak kt blog biar bagi peringatan utk diri sendiri & kawan2 juga
kak aty-sama2...dah lama dah menda ni kak dulu penah dapat email tp saje buh kt blog kot2 ada org yg xtau kan...
eli-hahah..kita pon gitu juga..klw ada je entry pasal fakta2 panjang lebo gini mmg copy paste dlm word pastu bile free baca hahaha
ena-tu la kan..klw nk ikut betul2 banyak sgt menda bukan takat botol aje...bekas2 polystrine pon sama je..plastik bungkus makanan panas2 lagi la..
ryan-share sama2..
izna-ahh..btol lama dah dapat email ni tp saje nk letak kt sini tuk peringatan
sama la kita air botol mineral yg terbiar dalam kete mmg xkan diminum dah buang je teros
Post a Comment